Posts

 PENDAHULUAN Konsep negara bangsa merujuk kepada pembentukan negara bangsa moden di Eropah. Ianya kesan daripada Revolusi Inggeris pada tahun 1688, Perang Kemerdekaan Amerika pada tahun 1776 dan Revolusi Perancis pada tahun 1789. Sempadan rumpun bangsa merupakan pembentukan sesebuah negara moden dan bukan berdasarkan bentuk sesebuah negara feudal seperti sebelumnya. Persamaan rumpun bangsa dan bahasa telah dijadikan isu untuk membebaskan diri daripada empayar seperti Austria, Rusia dan Turki yang mempunyai banyak bangsa pada abad ke-16. Disebabkan hal itu, gerakan nasionalisme di Eropah membangkitkan isu tersebut supaya menyatukan wilayah-wilayah berdasarkan bangsa bagi membentuk negara yang merdeka. CIRI-CIRI NEGARA BANGSA Negara Bangsa Kerajaan Perlembagaan NEGARA Di atas merupakan ciri utama proses pembinaan negara dan bangsa di negara kita iaitu Malaysia. Negara merupakan wilayah yang mempunyai penduduk, pemerintah yang berwibawa dan sempadan kawasan yang jelas. Malaysia i...
Recent posts